Kampung Lumut II

Kampung Lumut II (juga Kampung Lumut 2 dan Kampung Lumut Dua) ialah sebuah sub-pembahagian di bawah Mukim Liang, Daerah Belait, Brunei. Kampung Lumut II dan Kampung Lumut I merupakan pecahan pentadbiran penduduk bagi Lumut, sebuah kelompok petempatan yang merangkumi Kampung Lumut asal dan beberapa petempatan sekitarnya. Kampung Lumut II ditadbir oleh seorang ketua kampung dan pada masa ini dijawat oleh Abdul Rahman bin Hashim;[1][2] Ketua Kampung Lumut I mempunyai tanggungjawab terhadap sebahagian penduduk di Lumut iaitu yang tinggal di kawasan Kampung Sungai Tali dan Kampung Sungai Taring.[petikan diperlukan]